Sunday, 9 June 2013

anugerah

hari ini semuanye bermula dengan tidak sempurna. dah terdetik dalam hati andai pulang ke rumah, pasti segalanya tak akan menjadi. mengapa ? adakah kerana minda kita dah di set ? adakah kerana perasaan dendam dan benci kepadanya ? siapa dia nak mengucar-kacirkan hidup ni ? adakah kerana tiada kegembiraan yang dia berikan ? hanya duniawi. langsung tiada pegangan akhirat yang dia terapkan. siapa aku hendak menghukum dia ? ape hak aku nak menyalahkan dia ? ya Allah, hambamu ini mohon , bukakan hatinya untuk mengenali hatiku . hati seorang anak yang perlukan hati nya untuk terus lebih kuat, hati seorang kakakk yang perlukan hati adiknya untuk terus ketawa. tapi kini semua tu hanya mampu dalam angan2. tak mungkin . tak mungkin aku akan bahagia lagi di sini. aku rasa, aku perlu pergi sebelum aku akan pergi selama-lamanya. aku perlu pergi dulu. mencari bahagia serta kesempurnaan hidup. agar aku dapat pergi dengan tenang meninggalkan mereka. ya Allah, buat aku tersenyum kembali dengan anugerahmu.

No comments:

Post a Comment