assalamualaikum, lama sudah tangan ini tidak meluangkan masa untuk blog yang tak seberapa ini . hampir 2 bulan diri ini tidak menjengah ke blog. semua kerana ketenangan yang terlalu ingin dikecapi . ketenangan yang tidak aku kecapi sejak 4 tahun lepas. hidup yang penuh dengan ketakutan. ketakutan ditinggal oleh insan tersayang. apa ada pada cinta atau sayang jika hanya bertepuk sebelah tangan ? mungkin cinta itu tidak bertepuk sebelah tangan. namun, ada sesuatu yang menghalang daripada kedua-dua tangan itu bertemu.
dunia. tak semua yang kita nak kita akan dapat. itulah lumrahnya. bila kita berada di tempat yang kita rasa selesa , sekelip mata kita boleh terjatuh. saat kita ada untuk dia sewaktu susah dia, jarang sekali ucapan itu kita dengari , namun, kerana sayang dan cinta, kita diamkan sahaja. dengan mudah kita menanges di kemudian hari. kerana egonya, air mata dikorban. entah sampai bila. mungkin sampai terhentinya nafas kita kerana, saat itu pergilah segala rasa cinta pada mahluk di alam semesta.
kini semester akhir bagi pengajian aku bermula. aku harap tiada lagi sakit yang berat2 pada hari2 pentingku.tentang hati, biarlah Tuhan yang tentukan apa akan terjadi. aku hanya mampu terus menyayangi dia yang tak mungkin aku buang perasaan itu hingga akhir nafasku.
No comments:
Post a Comment