assalamualaikum semua. lama dah rasanya Noor tak Update Blog ni kan ? maklumla. kita harus menghargai masa cuti yang Uitm susah gila nak bagi tu. memang sebulan lebih nampak lama tapi tuptaptuptap dah nak habis dah. sebab tu Noor jarang Update Blog ni. bagi Noor, cuti tak sepatutnya dipenuhkan dengan membulatkan mata di depan laptop.
hahahha.
Noor cuti-cuti ni banyak menghabiskan masa dirumah serta di pusat perubatan
( jangan ditanya mengapa dan kenapa )
apa yang Noor tahu, Mak lah insan yang paling hebat sebab tak jemu jaga Noor. Noor tahu lama dah yang Mak hebat. :)
Noor tiba-tiba mahu menaip tentang sesuatu. CINTA
yang pasti cinta yang tak boleh kamu semua elak adalah cinta kepada Allah dan Agama taw ?
kamu semua tahu apa tu CINTA MANUSIA?
Noor kadang-kadang tak faham. sebab ada yang Noor jumpa, langsung tak tahu hargai cinta. cinta tu ibarat angin je. datang dan pergi. kemudian datang yang baru. itukah cinta sebenar bagi manusia sekarang ? ke mana perginya CINTA Adam & Hawa ? Romeo & Juliet ? Awang & Dayang ? kamu semua kena fikirkan la. hargai cinta sebab cinta itu pemaju segalanya :)
kamu semua . dalam persahabatan perlu cinta tak ? pasti perlu ! jika tiada cinta dalam persabahatan, tak mungkin hubungan itu akan kekal. sahabat? Noor tak akan berceloteh panjang tentang sahabat kerana persahabatan yang Noor peroleh tidak utuh ( doakan Noor )
tamat buat seketika
No comments:
Post a Comment