Sunday, 11 September 2011

kenapa lelaki taknak kahwen ?


Ni adalah beberapa sebab mengapa lelaki tak kawen lagi ataupun kawen lambat..


1.”Duit belum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin la, hantaran la.. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak ribu-raban mengalahkan artis. Nak majlis gilang-gemilang, kek mesti 4,5 tingkat, gaun pengantin kena ada rambu-ramba ala-ala Cinderella, cincin nak yang berkarat-karat. Tu tak termasuk lagi belanja makan tetamu. Mau tak mau lebih 30 ribu. Err..bleh dapat Waja sebijik tuu. Kita makan megi ja semata-mata nak kumpul duit. Megi pun dah naik harga! Pasni kena rebus pasir la kot.


2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takda keta pompuan pun pandang kita sebelah mata ja. Paling kurang kena ada Civic sebijik, second hand pon jadila. Kalo takda tu, kirim salam ja.. setakat moto kapcai Honda Wave hitam tu, sapa nak? Sanggup berhujan berpanas naik moto tu? Zaman dulu bleh la, naik basikal tua pon dah kira romantik.

3.”Belom ada calon”.
Calon? Dulu ada la. Hehe.. Moga dia sedang berbahagia bersama yang tersayang~


4. “Susah nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah. Kalau jumpa pon, semuanya dah ‘in a relationship with’ orang lain. Keciwa.


5.“Dah mencuba tapi dikecewakan”.
Patut ke mencuba lagi? Err......


6. “Nak carik yang solehah”.
Dah jumpa tapi dah berpunya. Takkan nak rampas orang punya kot. Mak kita tak ajar camtu. Mak kita suruh jadi soleh dulu, nanti yang solehah akan datang. Baik la mak, cek ikut cakap mak.


7.”Tak datang seru lagi kot”.
Errr....camna nak tau seru tu dah datang ke belom?


8.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangat halangan. Setakat kursus kawen, OK ja. Ujian HIV OK jugak. Suntikan BCG dah, Rubella pon dah. Tapi camna kalo keluarga dia tak sukakan kita? Punah harapan. Nak ajak kawen kat Siam dia tak nak!


9.”Belum bersedia la”.
Tanggungjawab sebagai ketua keluarga ni sangat berat. Tanggungjawab kat diri sendiri pon belom terlaksana, makan pon ikut dan ja. Camna nak tanggung anak orang? Tiba-tiba plak datang anak kembar, tak ka kecoh??


10. “Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu rasanya dah cukup syarat. Hehe.. Expert gitu.. Tapi ilmu rumahtangga? Ilmu agama? Soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara, rumah ke mana, tangga ke mana.. orang salahkan kita gak!

11. “Tanggungan” 
Kahwin nanti tentu kena tanggung isteri, tanggung anak lagi, tanggung keluarga lagi. Banyak jugak tu. Kang tak tertanggung, terus tertungging. Kena bimbing pulak, lepas tu nak kena tanggung semua dosa, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri, dosa anak, dosa keluarga?


12.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Kerja dan bisness. Masa bersanding, camna kalo tiba-tiba kambing nak beranak? Anak lembu menjerit mintak susu? Kena pulak mat Bangla yang kerja kat ladang tu pon gi makan knduri skali? Camna? How?


13. “Tak paham perangai kaum Hawa ni”.
Sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan. Abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin?


14. “Nak sambung belajarlah dia tu ader master, malu la”.
Takkan kita yang ada Diploma ja nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah tolak. Bapak dia cakap “Anak pakcik ni belajar tinggi, nak yang setaraf la..”
Kita pon blajaq tinggi gak pakcik oii..Sekolah rendah saja pon dah 5 tingkat.


15. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”.
Dia cakap saya ni hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.. Hek eleh...!! OK la dari yang hidung bermuncung, pipi kembong! Mungkin dia nak yang macam Anil Kapoor kot? Kita pon camtu gak. Cuma ‘cerah’ sikit ja dari Anil Kapoq.

16. “Mertua mintak macam-macam”
Mertua cakap, kena ada rumah bungalow siap dengan sewiming pool, keta Brabus atau BMW, barang kemaih, semua serba satu, serba serbi. Peti aih, TV flat screen, home teather, bla...bla...bla.. Perghh.. Bila bleh kawen? Tunggu kita jadi tokey togey dulu. Lagi 20 tahun. OK pakcik, makcik?

17. “Hobi dia suka membeli-belah”
Takda masalah. Nanti kita belikan Alamanda Putrajaya kat dia. Bagi dia membeli puas-puas. Kalo lepas membeli, tak reti membelah, kita bagi pulak Alamanda Rumahsaya. Kurung terus.


*Sekadar menulis di hari yang tenang ini. Rekaan semata-mata. Walaupun nampak seperti ‘luahan perasaan’ tetapi sebenarnya adalah sindiran kepada sesetengah kelompok masyarakat yang tidak faham erti dan maksud perkahwinan. Jangan jadikan institusi perkahwinan itu sebagai satu kesusahan pada kita kelak. Mudahkan prosesnya, insya Allah akan mudah juga hidup selepasnya.

*Juga kepada yang sedang hangat atau sedang menceburi diri dengan alam percintaan, fikirkan kembali. Adakah anda mampu untuk menghadapi alam yang begitu mencabar kelak? Atau anda sekadar berani menyebut perkataan cinta tanpa ada usaha serius ke arah alam pernikahan?

*Akhir kalam, jika seseorang menulis atau berbicara tentang perkahwinan, TAK BERMAKSUD DIA SEDANG GATAI NAK MENIKAH!

No comments:

Post a Comment